Tuesday, June 23, 2015

# Celoteh Cik Ct # Luahan Cik Ct

Cermin Itu Kaca...


Cermin itu kaca...
Aku cuba bayangkannya bagai kata2... 
Tadi tanpa sengaja,
Aku tercampakkan ianya... 
Jatuh ke atas pasu seramik di atas meja,
Dibaling tanpa berfikir panjang tentang natijahnya,

Tanpa terfikir ia akan pecah jua akhirnya,
Habis berkecai terbelah dua sudahnya... 

Buat aku terfikir tentang susunan bicara,
Bila kita bercakap ikut nafsu suka...
Tanpa memikirkan natijahnya,
Pasti ramai juga yg terluka...
Hatinya, perasaannya... 

Ibarat kaca, hati yg telah patah tak dapat dicantum semula,
Jika boleh pun, bukan sepenuhnya sama seperti sediakala...
Masih ada celanya,
Masih ada kesan retaknya...

Berfikirlah sebelum melontarkan patah bicara...
Takut nanti ada yg terluka dek kata2 nista kita... 

No comments:

Post a Comment