Thursday, March 17, 2016

# Drama Adaptasi Novel # Drama Melayu

Drama Adaptasi Novel | Tundukkan Playboy Itu (karya penulis Anjell)

Assalamualaikum n hai semua~ ^^

Haaa... ni sebenarnya entri yang Ct repost dari blog sebelah, harap sudilah membacanya pun. Hahaha, first time nak mereviu drama (atau lebih tepat drama adaptasi novel aka novelnya sekali) di sini...

Novel


So, kali ni Ct nak bercerita tentang satu adaptasi drama yang dah diadaptasi dari novel ni pulak... Korang dah baca novel Tundukkan Playboy Itu by Anjell? ala novel hottt tu...  penulisnya pun meletop dengan novel2nya...


Drama Adaptasi

Novel Tundukkan Playboy Itu -  drama adaptasinya masih lagi ditayangkan di slot Akasia TV3 tuuu.. Ct tengok celup2 kalau tertengok kadang2, hehehe nantilah tengok online kan kalau rajin.. sebab minat tengok hero dia (Hafidz Roshdi) dan si heroin yang cun-melecun (Uqasha Senrose) ni...

Even, i tak berapa masuk bila si pelakon - hero muka budak baik diberi watak playboy kan, tapi sebab dah minat tengok dia berlakon, so layan je la.. hahaha. *sorry kejap guna i, kejap guna Ct kan...* - seriously, bayangan playboy pada korang macam mana kan?


Drama Tundukkan Playboy Itu





drama Melayu dan kereta / rumah mewah berpisah tiada

Ok, ini teaser drama dia...

Kalau nak baca sinopsis novel, ada kat bawah k~


Hanya dua syarat untuk wanita yang bercita-cita mendampingi si kacak, Harraz Naufal. Cantik dan seksi. Sebab itulah Harraz tak suka perempuan bertudung. Tapi datang pula Nurin Areesa yang bergaya Muslimah, entah macam mana boleh tersesat masuk temuduga di syarikat Harraz.
“I tak rasa I boleh terima you kerja kat kompeni ini. Tapi… kalau you buka tudung you, I akan terima you kerja.” - HARRAZ NAUFAL
Bagi Nurin, itu permintaan selamba yang minta gigi kena terajang sampai jongang! Okey... Mungkin jawatan arkitek itu bukan rezekinya. Mamat berlagak itu terlalu sombong. Mungkin doa ini sesuai supaya Harraz tahu bumi yang dia hidup ini bukannya milik dia seorang!
“Saya berdoa semoga encik jatuh cinta dan berkahwin dengan perempuan bertudung nanti.” - NURIN AREESA
Bagaikan dimakbulkan pula doa Nurin itu. Hanya kerana mata, Harraz terpaut dengan seorang model misteri yang bertudung. Sampai termimpi-mimpi Harraz dibuatnya sedangkan dia tak pernah tahu rupa paras sebenar gadis itu. Hanya kerana panahan mata, jiwa buaya Harraz serius tertunduk. Gila! Lagi gila jiwanya dengan kerenah Nurin yang sering buatkan dia jadi bukan dirinya.
Datang pula mummy Harraz bertemu dengan Nurin. Permintaannya buatkan Nurin terlopong tiga saat.
“Tundukkan Harraz. Tundukkan playboy itu.” – PUAN SRI ROSELL 
Tundukkan Harraz? Mampukah Nurin? Dan akan tertundukkah Harraz hanya kerana Nurin?

Hah, dah baca? Amacam? Agak2 korang berjaya ke Nurin laksanakan misi yang diminta Puan Sri Rosell, mama playboy macho tu? (hahaha, nama watak2 n dah lebih kurang nama watak2 i pernah guna pulak T_T.. haha tak kesahlah..)

Kalau korang tak sabar nak tau misi Nurin ni berjalan lancar atau tak? Atau teruk dia kena buli dengan Harraz ke? Berjaya ke Harraz dapat tau siapa model misteri tu sebenar-benar-benarnya adalah Nurin?


Well... kalau korang dah tazzabar nak tunggu drama ni habis, tapi lebihh tazzabar nak dapatkan ending cerita ni (macam aku), korang boleh lah baca dulu novelnya... Aku rekemen 8/10 untuk novel ni... Memang, dah terbukti. novel daripada ANJell tak mengecewakan... hehe.

Maaflah tak boleh cerita penuh.. Nanti tak surprise~^^ Hahaha...

Mana nak dapatkan novel Tundukkan Playboy Itu dengan cepat dan pantas / ASAP?


Tak payah susah, tak payah payah *errkk, apa bahasa aku ni kan?* - maksud aku korang tak perlu susah payah gi kedai kan. Sekarang dengan hujung jari je, semua boleh dapat sampai depan mata. hehehe~

Korang dengan senang-lenangnya boleh klik SINI untuk dapatkan novel tersebut secara belian online~^^

Pssstttt... kalau nak tengok drama ni secara online atau nak download bolehlah klik SINI ~^^
(shhh... senyap-senyap aje tau, jangan kongsi dengan orang lain.. ahhaakkkss)

Ok tu aje, sampai kita berjumpa lagi di lain entri~^^

Wassalam. Adiosz amigosz.

Harraz & Nurin (Hafidz&Uqasha) pun rekemen novel ni tuuu

P/S : segala sumber gambar ni dari Google dan IG para pelakon. hehe. harap maaf, Ct agak kemalasan nak uplad gambar sendiri naik ke blog since kelajuan internet di kampung ni agak terhad. Harap maklong ~ ^^

2 comments:

  1. aku tak tengok cerita ni sebab uqasha tu. huhu.. ak nak avoid daripada tengok adaptasi. ak lebih suka baca novel je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah baca ke? Hahaha kalau sesiapa belum baca, jemput beli... Ngeee~ ^_^

      Delete