Monday, July 18, 2016

# Artis Malaysia # Berita

Amar Baharin & Amyra Rosli Bakal Menikah 11 November Ini


Okay, kali ni buat julung kalinya Ct nak update berita hiburan pelakon tempatan Malaysia.. He he he... Itupun sebab rasa macam excited sikit sebab spekulasi tentang hubungan Amar&Amyra ni akhirnya berakhir dengan khabar yang pasti mengujakan para peminat mereka... ^^
*Ct pun salah seorang peminat tu, sebab tu update...ngeee~

Satu jam yang lepas kecoh di Facebook bila tiba-tiba Ct scroll, ada pulak rakan yang update ucap selamat kat Amar & Amyra untuk 11 November ni. Tak jelas berita tentang apa, so Ct pun tanya lah incik Google...

Ok memang dah confirm, diorang akan menikah 11 November ni... Tak caye? Tengok, diorang dah buat kenyataan media sebentar tadi... 

Tengok gambar screenshot di IG #hlive di bawah...

2- Amar Baharin, Amyra Rosli Nikah 11 November Ini - ROTIKAYA

dan... Sumber di akhbar Berita Harian Online...

******
5- Amar, Amyra Rosli Nikah 11 November Ini - ROTIKAYA

HULU KLANG: Spekulasi status hubungan pasangan pelakon popular, Amar Baharin, 31, dan Amyra Rosli, 25, berakhir apabila mereka mengumumkan bakal mengikat tali pertunangan pada 22 Julai ini.

 Kedua-duanya turut memaklumkan bakal disatukan sebagai pasangan suami-isteri pada 11 November depan. Majlis pertunangan Amar dan Amyra bagaimanapun bakal diadakan secara tertutup dengan hanya membabitkan anggota keluarga terdekat.

 Malah, lokasi majlis perkahwinan juga belum dapat diumumkan kerana masih tiada kata putus berhubung perkara itu. "Hasil restu keluarga masing masing, kami mengambil keputusan untuk berkahwin pada tahun ini. Majlis persandingan di sebelah Amyra akan diadakan sehari selepas acara pernikahan.

 Seterusnya pada 19 November, majlis bertandang sebelah saya pula dilangsungkan," kata Amar sambil memberitahu majlis merisik diadakan pada Aidiladha tahun lalu.

 Mereka membuat pengumuman berkenaan pada majlis ramah mesra yang diadakan di Sunway Montana, di sini sebentar tadi. Sebelum ini, pasangan kekasih itu beberapa kali digosipkan bertunang dan dikatakan merancang untuk mendirikan rumah tangga.

 Bagaimanapun, cerita berkenaan dinafikan kedua-duanya. Amar begitupun tidak menafikan, Amyra antara pelakon wanita paling rapat dengannya memandangkan mereka berada di bawah pengurusan sama.

 Kekerapan kedua-duanya berlakon bersama selain gambar menunjukkan kemesraan yang dimuatnaik di laman sosial menguatkan lagi dakwaan Amar dan Amyra bercinta. Namun begitu, sebelum ini mereka memilih untuk tidak mengesahkan hubungan terbabit. Sebelum ini, kedua-duanya pernah digandingkan menerusi beberapa drama seperti Cik Bunga dan Encik Sombong, Tersuka Tanpa Sengaja dan juga teater Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.

Sumber : http://www.bharian.com.my/node/174787

******
4- Amar, Amyra Rosli Nikah 11 November Ini - ROTIKAYA

Tarikh pertunangan mereka 22 Julai (Jumaat ni)... Sebagai salah seorang peminat, Ct doakan hubungan mereka berkekalan dan semoga membawa ke arah keberkatan dan kebaikan... Aamin. Insya--Allah. Sama-sama kita doakan.. ^^

P/S : rasa macam baru je lagi update tentang Amyra Rosli untuk sinopsis drama Seindah Takdir Cinta yang dia berlakon hari tu... Habis drama, dapat berita dia nak kahwin bebetul dengan Amar Baharin, ye2 ingat joking atau lakonan tadi... Haha, terkezut Ct tak habis lagi ni ^^


Doakan yg baik2 je lah untuk depa... Sweet molek je dah ni tengoknya.. Ok, nak sambung update drama terbaru #SayangkuKaptenMukhriz pulak kejap lagi .Dah berapa hari tayang, tak sempat update lagi di blog T_T

1 comment:

  1. Seorang hensem... Seorang lagi cantik... Anak depa nanti mesti comel... Semoga kekal selama nyer... Jemput join segmen saya Segmen Sesuci Lebaran by Hani RahmanTerima kasih...

    ReplyDelete