About Me


Assalamualaikum...

Ok entri ni khas aku buat untuk sesiapa yang nak mengenali siapa gerangan di sebalik Cik Ct ni... Haha, buat yang nak kenal aje ek. Tak nak kenal tak apa. Aku tak kisah pun. Baru rajin nak buat entri tentang 'About Me' kan, semenjak dah 2 tahun berjinak-jinak dalam dunia blogging ni. *'About' lah sangatt. ahaha tangan di bahu mata juling ke atas*

Orait jauh melalut (itulah aku kalau tak dikawal bila menulis. heuheu -_-)


Korang boleh panggil aku Cik Ct, ataupun Ct aje kalau nak senang. Cuma jangan panggil aku Cik Ct Wan kembang udah le sebab aku ni kurus melidi je orangnya.. Muhehehe. Kawan2 sekolah selalu panggil aku Hawa (nama hujung aku) tapi dalam blogging sengaja aku nak guna nama Ct sebab nama tu yang family selalu panggil aku. Jadi sekali lagi, terserah korang nak panggil aku Ct ataupun Hawa ataupun... Aku biasa gunakan CIK CT *untuk blogging world ni kan*
~ Kang nak suruh panggil nama penuh, mahu jenuh . Aku sendiri tergeliat nak sebut nama aku sendiri kekadang^^

Ok lah cukup tentang nama aku. Tak berapa penting pun kan. kikiki. Nak cerita tentang apa lagi ek?

Tentang penglibatan diri aku dalam dunia blogging. Sebenarnya baru lagi. Yup, baru sangat. Aku mula blogging pada sekitar Jun 2014 (tak ingat tarikh spesifik). 

Masa tu aku masih seorang pelajar di salah satu IPTA di Pantai Timur. Orang lain busy nak final sem, aku busy godeh blog, memang bagus sangat lah masa tu kan... Mana lah degree aku tak kelaut :p

Masa tu aku punya tumpuan nak cipta blog sebab satu je. Nak kongsikan hasil-hasil penulisan kreatif aku (kreatif laa sangat.. cecece) - macam manuskrip novel (dalam pembikinan) dan juga cerpen yang aku tulis, yang kebanyakannya berunsur cinta dan gila-gila tu.. Alhamdulillah, bakat terpendam yang satu ni mula tercungkil lepas aku memenangi tempat ke-3 dalam Pertandingan Penulisan Kreatif yang dianjurkan oleh kolej kediaman tempat aku belajar masa tu (tak silap masa tu April 2014 - aku buat cerita berunsur kehilangan; tribute to kejadian memilukan..

Masa tu, rezeki aku agaknya, cerpen aku tu menang, dapat jumpa personaliti media sosial / artis macam Diana Amir dan jugak vlogger terkenal yang pada aku nampak ketokohan islamiknya, iaitu Aiman Azlan.
(mungkin dari situ, semangat aku nak menulis dan berblog mula berkobar-kobar...) ; mereka dijemput sebagai panel dalam majlis anjuran kolej kediaman aku masa kat U dulu.. Yang paling aku tak boleh lupa, hahaha, merasa la bergambar, ambil trofi dengan idola aku si Aiman Azlan tu...tapi gambar yilekkk pulak hilang masa tab aku kena reboot system T_T

Jadi dari situ lah aku berazam nak berkecimpung dalam dunia blogging. Awalnya, macam aku gtau kat atas, aku menulis sebab nak kongsi sikit2 karya aku sama ada novel ataupun cerpen di blog. Maka, Jun 2014, terciptalah blog simple, http://duniactroxalynna.blogspot.com/

Blog tu aku terhadkan perkongsian dan hanya bertumpu kepada perkongsian karya aku dan juga review novel/ drama adaptasi sahaja. 

Tapi selepas tu, aku sedar yang aku semakin terjebak dengan arus media sosial/... Tengok macam best aje kan orang berkongsi cerita pengalaman masing-masing melalui blog ni... So, aku pun teringin nak try sekali ^^
Melatih jari menaip kata orang ^^

Sebenarnya aku suka sangat menulis dan bercerita. Tapi aku tak sedar tu dari zaman sekolah. Kawan-kawan yang sedar, cakap aku ni jenis banyak tanya, banyak songeh (lol -_-)... Tapi bila meningkat dewasa, aku kurangkan bercakap, sebab aku boleh jadi sangat penat bila banyak bercakap... Hampir2 sesak nafas.. hahaha... *serius, aku boleh sesak nafas stress sebab kdg2 orang payah nak faham apa yang aku cakap*

Okay, aku 93' line~^^

Berasal daripada Selatan Tanah Air... Mana tu? Hehe.. Jadi boleh dikategorikan aku sebagai Blogger From Johor... Tapi jangan panggil aku 'Bangsa Johor', sebab aku ni jenis 'skema' kut, tak boleh masuk kalau 'negeri' itu 'dibangsakan' ^^ (jangan mareee, ni personal view aku k~^^)

Nak tahu lebih lanjut tentang aku si Cik Ct, korang bolehlah klik SINI ^^
(Aku dah blur nak tulis apa lagi sebenarnya ehhh, kalau nak baca silakan klik, tak nak tau/ baca pun tak apa)


No comments:

Post a Comment