Showing posts with label Affiliate. Show all posts
Showing posts with label Affiliate. Show all posts

Sunday, June 11, 2017

Let's #ShoppingRaya | Riang Ria Raya Menepati Citarasa

6/11/2017 03:05:00 AM 3 Comments

Assalamualaikum !! 안녕하세요! :)

Raya Gaya Aku | Sedar tak sedar bulan Ramadhan dah pun berlalu hampir setengah bulan. Hehe, apa khabar Ramadhan korang?

Ramadhan semakin berlalu pergi, maknanya Aidilfitri semakin menghampiri. Dengan saki-baki dua minggu lagi ni, korang dah prepare ke persiapan persalinan (pakaian ^^ - hahaha sorry andai terguna ayat skema sangat, keke) untuk lebaran kali ni?

Sebelum daku membebel a.k.a berceloteh lebih panjang kat entri ni, adalah lebih baik Cik Ct nak menyeru para rakan bloggers yang lain untuk turut serta dalam memenangi hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan oleh LAZADA.. Jom kita memeriahkan penyertaan Lazada Blogger Contest ni di link ini

Terima kasih sekali lagi diucapkan kat Kak Sofie Adie, sebab daripada entri beliau baru Cik Ct tahu LAZADA tengah anjurkan contest menarik ni. Jangan lupa join yup !

Bak kata kak Sofie, the more the merrier !

Baiklah, buat minggu ketiga contest ni, tema yang dipinta LAZADA ialah : Looking Good & Beautiful !

So, kali ni peserta perlu  berkongsi tentang tema/warna pakaian pilihan sewaktu Hari Raya Aidilfitri tahun ini.


Fiuuu, bila tengok Promosi Riang Ria Raya LAZADA dan Promosi Marhaban Ya Ramadhan, buat aku betul-betul rmbang mata !




***

Hurmmm, nampaknya tema bertepatan dengan apa yang aku baru nak berjinak-jinak ni. Iaitu membebel tentang pilihan fesyen aku semasa hari raya nanti. Hehe . Dah nak raya beb, of course keinginan nak berhari raya dengan keterampilan yang cun lagi menarik gitu~

Jadi apa lagi.... Jom beraya gaya aku ! ^^

***

Orait, tahun ni aku dah pun menghampiri usia pertengahan 20-an... Apa kaitan kan, umur dengan gaya raya aku, kan? Hahaha. ada kaitannya...

Jika sebelum ni, jiwa fesyen raya aku mostly aku bedal je, janji cukup sopan dan paling penting... MENUTUP AURAT dari atas hinggalah ke bawah. Sebelum ni gaya macam  mana sekalipun aku tak endahkan sangat pun. 

Janji ada rezeki lebih, ada baju raya, cukuplah. Mostly semua aku serahkan kepada kakak-kakak aku atau mak aku untuk tentukan tema baju raya macam mana (aku cuma bagi pendapat pilih jenis pakaian yang aku selesa, like nak baju kurung biasa atau kurung moden).

Namun, tahun ni... Dah besar kan? Dah kesedapan 'pegang duit sendiri'. Hehe lepas dah selesa bekerja buat beberapa ketika dalam bidang pengurusan pasaraya yang juga mengaktifkan elemen 'cekap&fokus' pada trending style terkini, maka aku dah memilih tema outfit raya yang menepati citarasa aku ! Akhirnya ! Alhamdulillah, moga-moga rezeki dimurahkan dalam menjadikan impian citarasa raya aku ni menjadi kenyataan. Insya-Allah.

Heuuuu, baru boleh gah hashtag #ootd kat Instagram nanti ! (hahaha, lagha ni. Abaikan !)




Baiklah, tema outfit raya yang aku pilih pada tahun ini ialah rona pastel ! Selepas beberapa tahun dilabel sebagai agak brutal, maka tahun ini aku mengalah sikit lah dengan naluri 'feminine' side yang masih berbaki dalam sistem hormon wanita aku. hehe.

So... Jubah ni jadi pilihan aku...

1.  JF Fashion Hannah Jubah Abaya Sulam (Blue)

(klik gambar untuk gambaran spesifikasi penuh)

Rona biru plain jubah ni menarik perhatian aku kerana nampak jenisnya yang daripada jenis Chiffon Crepe yang berkualiti tinggi. Which means, ianya akan nampak lembuttt je lepas digosok nanti. Tapi yang lebih penting, material chiffon ni boleh membolehkan kita mendapat pengaliran udara yang okay masamemakainya. means, bahasa mudahnya, tak panas masa pakai disebabkan pengudaraan terkepam.

Selain tu, corak sulaman yang ada pada jubah tu pun nampak 'matching' pada aku sebab warnanya jelas-jelas 'kontra' dengan warna jubah. Berpadanan dengan tema rona 'pastel' yang tengah trending kala ni.

Cunnn lahhh~ (emotikon : mata love, mulut senyum, ngences sikit). Cun!!

Kalau dapat ni... Wallawey~ Boleh lah gue berangan nak joget ala-ala Anna Frozen nanti kalau dapat grab jubah ini... Mau fengsan anak sedara gue kalau dapat ucu yang entah bila nak matured nya ni~~~


2. JF Fashion Hannah Jubah Abaya Sulam (Pink)

(klik gambar untuk details jubah)


Selain warna biru rona terang, aku juga minat warna pink sebenarnya (BM nya merah jambu ya adik2.. ahaks..) .... 

Jadinya pilihan aku jatuh kat jubah jenama sama ni, fiu termasuk dalam Hot Deal lah pulak. Harap-harap dapat grab jika diberi peluang menang contest ni nanti. Ahaksss.



Bagaikan lauk terbuka tanpa tudung saji... Apalah guna jubah tanpa shawl atau tudung... Kan?



Jadi... Aku dah rambang mata sangat jugak sebenarnya bila 'cuci mata' nak pilih tudung raya yang bertepatan dengan aku yang dah semakin cerewet dalam pemilihan pemakaian aku sekarang. Lelagi nak raya ni you~

So, tak nak bebel panjang...

Aku pilih Long Shawl Filara untuk dipadankan dengan Jubah Abaya(Biru) di atas...


Sebab apa aku pilih shawl ni? Sebabnya pada aku, bila jubah plain, the shawl should be printed, at least... Ye tak? (kalau tak, terserah u'olls, citarasa masing-masing.. Ahakss~)

Rona shawl ni, kena pada mata aku. So, aku  pilih shawl ni untuk dipadankan dengan Jubah Abaya Pink tu~~^^

Tepat dengan prinsip bergaya pada aku... Bergaya tu boleh... Mak aku pesan, nak bergaya masa raya, bergayalah namun pada msa yang sama batasan aurat tetap dijaga.

Jadi tahun ini... Gaya-gaya inilah yang menjadi pilihan aku. Dah itu aje ke?

Hahaha, belum lagi... Gaya raya aku masih belum terlunas perkongsian citarasaku yang sepenuhnya...




One more... 

Ada lagi yang menjadi pilihan aku untuk digayakan semasa hari raya nanti. Apa tu? 
Haha item ni kalau dapat, boleh jugaklah aku pakai sendiri atau kongsi dengan my sisturs atau anak-anak sedara pempuan aku~~~^^


Aidijuma Bawal COMBO OFFER ! 

Bawal (tudung eh, bukan ikan) tengah trend kan sekarang ? Rata-rata teman-teman aku pun memilih bawal jugak untuk hari raya ni.. Shawl nak jugak, tapi bawal masih menjadi pilihan untuk koleksi #tudungraya.

Aidijuma Bawal ni bertepatan lah jugak buat anak muda macam aku yang nak bergaya tapi pada masa yang sama nakkan penjimatan dalam #shoppingraya2017. Well, dalam bergaya, poket kena jaga jugak, ye dak??

Lagipun mostly bagi anak-anak muda yang bekerja, pemilihan tudung bawal ni dikatakan sesuai dengan tema available sepanjang zaman jugak.. Boleh diulang pakai ke pelbagai event especially rumah terbuka nanti ~ 

Tudung bawal juga, kalau reti digayakan, boleh nampak menarik seperti pakai shawl~~^^
(Aku selalu buat ni masa matrik tahun 2 haha. tapi masa tu bawal plain biasa je. harap dapat gayakan jugak denga Aidijuma  Bawal ni lepas ni T_T)

Well, tudung bawal ni masih boleh dipadankan dengan Jubah Abaya yang warna pink tu... Awww!

Haha, okay rasanya cukuplah beberapa pasang jubah dan hijabs wear yang dah aku kongsikan untuk aku purchase whenever ada rezeki sebelum raya ni nanti... Insya-Allah, demi gaya raya rona pastel.

Cukuplah sampai sini bebelan aku. Jumpa lagi di next entri !

Selamat ber #shoppingraya ek !







Friday, June 09, 2017

Kuih Raya.Com | 7 Nama Kuih Raya Yang Sure Buat Tergelak ! Menarik Jugaklah !

6/09/2017 12:00:00 AM 2 Comments
Assalamualaikum !! 안녕하세요! :)


Apa khabar ek dengan puasa korang hari ni? Harapnya korang dapat berpuasa dengan jayanya. *wink wink* (jangan puasa yang yok, pagi2 dah bukak periuk)

Ahaksss, korang dah cari ke persiapan untuk kuih raya nanti? Cik Ct baru je survey online dan kat pasaraya berdekatan. But of course, sebagai seorang yang 'tersangat rajin' (sebaliknya lah tu maknanya.. ahahaha), Ct lebih banyak survey online. Sebab memang hampir separuh hari kerja Ct menghadap laptop dan fon kan...
(Cik Ct sebenarnya ada juga meniaga online kecil-kecilan di FB dan IG)
Biasalah, lepas penat-penat buat marketing untuk bisnes sendiri, masa untuk cuci mata pulak kan... Kat sinilah... Masa cuci-cuci mata surf internet...

And guess what? 

Hahahaha ada 7 jenis nama kuih/ kerepek ni yang buat aku geleng kepala nak tergelak gila-gila punya... Sehinggalah aku ambil keputusan nak share kat sini.


Sempat jugak aku mengupdate kat FB kejap sambil nak berceloteh menaip entri ni.. Ahahaha, geli hati sangat punya pasal... Time up status ni memang tengah syok belek2 nama2 kerepek ni... Memang terbaiklah nama2 kuih ni buat orang (termasuk aku) nak tahu sebenarnya ni kerepek apa...
Dahlah nama menarik, buat aku terimaginasi melalui nama-nama kuih ni ^_^ Hahaha :p

Jom cikidout apakede namanya tu...

7 Nama Kuih Raya Yang Menarik Pada Tahun 2017 ni !


Nasihat Cik Ct, hati-hati makan kerepek ni... Takut nanti termimpi-mimpi kalau dah rasa sekali (emotikon : gelak sipu-sipu)







Haaa, yang ni kalau u'olls yang dah kawin and dah ada mertua tu makan kacang ni masa raya nanti hati-hati sikit... Takut mertua u'olls lalu, u'olls tak sedar pulak mertua u'olls lalu... Duk tunggu bila lah menantu aku nak offer kacang ni, duk ralit makan sorang macam tak ingat dunia pulak gamaknya...

(Hahahaha, kalau Ct takpe, bujang lagi... :p hahahaha... )



Yang ni... Hurmmm, cukup lah buat mertua dan orang lain terasa hati... Keropok Terasa Hati ni kan Ct rasa memang boleh buat orang terasa hati sangat kut? Kenapa? Yelah, dia ni geng dengan Mertua Lalu Tak Sedar tu...

U'olls dah makan yang kat atas tu, dengan selambanya lah boleh makan yang ni pulak tanpa serba salah sebab melantak keropok ni sensorang tanpa ambil kisah orang lain terasa hati sebab makan tak ajak..... Sebabnya? Dah kesedapan melantak... ! 

(huahahaha, melantak tu melantak jugak... masa awal makan Keropok kacang Dal ni, harap tak lupa baca Bismillah)




Dah siap 'melantak' makan ketiga-tiga yang kat atas tu... Lah, baru rupa2ya orang dapat tahu sebenarnya awak tak boleh lupakan Cinta Semalam (kerepek dan kacang tu)...
Maka, hari ni... Demi cinta semalam buat kerepek dan kacang serta keropok tuuu, hari ni cinta ni bersemi kat sini pulak...

Hahaha, so lengkaplah cinta semalam dan hari ni untuk cinta yang bersemi dek kerepek hari raya.. Semua ini demi mengubati terasa hati tu tadi, katanya... Hahaha, penangan Kerepek Ubi Kari ~ :p




Lepas tu, katanya... Dek kerana itu... Kerepek Lupa Diri pula jadi pilihan... Sebab yang makan mula naak lupa diri dek kerana kesedapannya, kerangupannya kerepek ini...
Dia tahu kerepek ni diperbuat dari 'Opak Pedas', tapi tak tahu apa ke bendenya 'opak' tu...
Namun... keenakan Kerepek Lupa Diri ni memang buat dia benar2 lupa diri kejap lepas tu (sampai terlupa nak cari apakebendenya opak tu sebenarnya... hahaha)



Esok Cari Lagi ! (Ntah jumpa ke tak ek)...

Selepas beberapa siri dan dipanggil Lupa Diri, keesokannya dia massih tak berputus asa... Mencari lagi... Kerepek ni pula yang dijumpai...

Bertepatan dengan namanya kut, pemilik asal nama Kerepek Bawang ni mulai menghantui... Dahlah esok cari lagi... Satgi dia ada geng lagi satu yang turut menghantui sesiapa yang rasa...
Apa tu?







Ini dia ! Kerepek ni pandai menghantui sesiapa yang telah merasainya ! Membuatkan orang nak bangun tetengah malam kerana kesedapannya !

Kerepek Ubi Pedas Basah nama asalnya, tapi diubah jadi Kerepek Bangun Tengah Malam disebabkan keenakannya hingga membuatkan orang yang dah rasa tu sanggup bangun tetengah malam untuk krak kruk krak kruk nak rasa lagi kerepek ni...


(Siapa pernah rasa je yang tahu... Huhuhu)



Hahaha, ok itulah antara kerepek2 yang Cik Ct jumpa
Sebagai salah seorang ahli affiliate Bookcafe, Ct terserempak dengan kesemua 7 Nama Kuih Raya Yang Menarik Ni kat KuihRaya.com.my  tau !

(boleh klik banner untuk tahu butiran lanjut tentang website kuih raya ni)

Nampaklah yang zaman dah semakin maju, kuih raya online pun dah semakin laris dengan adanya website online ni... Ditambah lagi dengan 'kemajuan' nama-nama kuih yang 'rare' macam ni... hahaha. 

Kalau u'olls nak cari lagi kuih-kuih lain yang mana lebih menarik kat tekak u'olls, bolehlah klik banner KuihRaya.com.my kat atas tu... Terdapat banyak lagi pilihan yang mana tahu, boleh menepati citarasa u'olls untuk dijamu pada hari raya nanti kan?

Ok tu aje... Sampai Berjumpa lagi di sesi #foodreview yang lain~^^





Disclaimer : Segala nama kuih yang rare itu adalah hakmilik penuh ciptaan pihak KuihRaya.com.my... Manakala, cerita / tulisan mengarut di bawah setiap gambar itu adalah hasil imaginasi penulis (Cik Ct Roxalynna NH). Harap terhibur. Namun mohon tidak copy paste tanpa kredit semula kepada Cik Ct.


Sekian. Harap terhibur dan dapat cari kuih raya feveret u'olls. Annyeong~ ^^


Saturday, August 29, 2015

Jom Buat Duit dengan SimpleHijab~

8/29/2015 03:41:00 PM 0 Comments
Assalamualaikum n hai.

Dah lama rasanya Ct tak berceloteh di sini.
Hari ni Ct nak share something yang mostly dah ramai dah tahu...
Tapi Ct share juga kerana kemungkinan masih ada yang belum tahu..^_^


Mostly, siapa yang minat shopping online...

Especially tudung...
So, rasanya korang mesti pernah tengok atau ternampak Simple Hijab ni kan?

Haaa..
So mesti dah ramai jugak yang tahu kalau Simple Hijab ni sekarang tengah giat mencari agent untuk affiliate system diorang yang bakal dilancarkan pada September 2015 ni nanti.
Tak lama je lagi tu...

Bolehlah korang bershopping sambil menjana pendapatan sekali kan. kan kan kan..
Hehe.

Tapi kejap-kejap...
Sebelum Ct ajak korang join...
Agak2 korang tau tak ape mende 'affiliate' ni?

K, takpe2..
let me explain a lil' bit.

Kepada yg masih blur2 apa itu affiliate..
bagi saya jelaskan dulu ya...

Affiliate itu adalah satu sistem yang bertindak macam agen iklan.
Kita iklankan sesuatu produk tu dan kemudian sediakan link yang mudah bagi pelanggan terus ke laman yang menyediakan perkhidmatan jualan produk tersebut...
Bila pelanggan membeli dari link itu, kita akan mendapat komisyen dari hasil pembelian daripada pelanggan tersebut.

So, as simple as possible..
Kalau korang join affiliate Simple Hijab ni..
Secara automatik, korang akan jadi agen iklan untuk Simple Hijab... :)
Jadi, bila kita iklankan produk Simple Hijab, kita akan mendapat komisyen bagi setiap pembelian barangan Simple Hijab..





Apa kelebihan join Affiliate Simple Hijab ni?

Ok, saya yakin..
Pasti ada ramai di luar sana yang berminat dengan jualan tudung kan?
Especially yang minat shopping tudung and pada masa yang sama,
berminat nak belajar bisnes tudung ni..

Tapi...
Kalau boleh tak nak simpan stok atau kena beli dulu barangnya,
kemudian baru boleh promote untuk jual..

Ya, saya faham..
Tak ramai yg begitu gemar cara begini...

Dalam konteks mudah, anda hanya ingin menjadi 'dropship' agent kan?
Menjual barangan hanya dengan mempromosikan barangan tersebut tanpa perlu menyimpan stok yang berbandan-bandan..^^
*betul ke penjodoh bilangan tu? huhu. abaikan*

Jadi...
Dengan menyertai affiliate Simple Hijab, anda boleh join aktiviti promosikan jualan tanpa menyimpan stok langsung... 

Okay, inilah kelebihannya...

Bila mendaftar di Simple Hijab, kita akan diberikan satu link  khas yang dikenali sebagai identiti khas kita sebagai pengiklan Simple Hijab..
Jadi, kita cuma share link tersebut dan kemudian bawa pelanggan ke laman produk Simple Hijab yang mereka inginkan.
Mudah, kan?

Takyah modal,
takyah simpan stok/barang,
takyah pos barang...

Anda masih boleh run bisnes tudung...^^

Lagipun, sistem ni tak terhad utk yg ada blog sahaja...
Siapa yang aktif kat media sosial lain
especially FB, Twitter, IG n Wechat semua tu pun boleh join kot...^^

Jadi...
tunggu apa lagiii?

Cepat2 jom ..
DAFTAR SINI...^^

September 2015 dah makin dekat ni~