Showing posts with label Blog. Show all posts
Showing posts with label Blog. Show all posts

Sunday, June 04, 2017

Patutkah Aku terus Bertahan Dengannya?

6/04/2017 12:12:00 PM 0 Comments
Nuffnang News

Assalamualaikum !! 안녕하세요! :)

How, ottokhae, should I or shouldn't I write this post? Actually, I'm kinda hesitate to write this post. First of all, I'm sorry for the mixed languages between Malay-English in this post, I still want to find my 'suitable' writing-style for this blog and my own writing-style. Hurmmm, haha. Looks like this mixing shows the mixing thoughts in my head ~ :(

Baiklah, biarlah Cik Ct berbahasa Melayu, bahasa ibunda Cik Ct...

Hurmmm, Cik Ct sebenarnya masih teragak-agak nak tulis post ni atau tak. Tengok tajuk, rasa2nya korang dah boleh agak kan apa yang Ct nak bebelkan? 
Hahaha, dah macam tajuk bab novel pulak bila baca sekali imbas kan?

Okay, tapi sebenarnya Cik Ct nak suarakan sedikit rasa tidak puas hati CIk Ct tapi...

Ct sebenarnya takut kalau Ct menyentuh sensitiviti mana-mana pihak, especially Nuffang dan ramai lagi pihak Nuffnang. Dan takut jugak menyentuh soal kredibiliti Ct sebagai seorang blogger yang pasif sebelum ni. Baru je nak aktif berblogging semula, tapi banyak songeh pulak kan?

But... I think as a blogger... (maaf, bukan nak belagak macam yg meletup ke apa)...

Sebagai seorang blogger yang mencuba mendapatkan 'hasil pendapatan sampingan' melalui cara berblogging, I think I have right to share this story. Sebab dah lama Ct duk perhati je. I think now is the time I shout out my voice thru my writing.

Tentang Nuffnang

Kalau kawan-kawan blogger yang dah otai mostly dah kenal kan Nuffnang tu apa kan? 

Tapi kut buat yang belum tahu n baru nak aktif dalam dunia blogging ni, Cik Ct share lah jugak apa tu Nuffnang.

Nuffnang adalah sebuah syarikat pengiklanan blog berbayar yang diusahakan sebuah organisasi dikenali sebagai Netccentric Ltd. Okay, Nuffnang ni syarikat pengikanan yang akan mengiklankan produk atau kempen iklan mereka dengan 'mengupah' para blogger meletakkan banner-banner iklan mereka di blog-blog para blogger yang berdaftar dengan Nuffnang.

Dan tak terlepas, Cik ct antara salah seorang blogger yang ikut join since 2014 yang Cik Ct baru mula aktif nak berblogging dulu tu.

Sebab Cik Ct pun antara anak-anak muda yang nak menjana side-income dengan berbuat apa yang Cik Ct minat... iaitu blogging dan share any beneficial stuff kat laman sosial !

But...now I'm kinda started to getting bored with Nuffnang...(hahaha, kalau ni statement tahap nak kena tendang pun lantaklah kan... mood tengah kuciwa ni)

Why?

Sebab bayaran yang dikenakan melalui CPUV & CPC... (buat yang tak tau apa tu CPUV dan CPC, sila Google.. Yang dah tahu, sila teruskan bacaan, hehe)

CPUV dan CPC amatlah rendah... Hurmmm, Ct tahu, kalau nak income meletopss, trafik blog kena gah, kena jengah blog orang ramai (blogwalking) dsb...

Namun... buat beberapa ketika Cik Ct tak dapat buat itu semua kerana realiti kehidupan yang sibuk dengan kerja plus waktu tu internet tak laju macam sekarang.. Huhu, so waktu tu agak terbatas nak menulis mahupun berblogging.

Start daripada penghujung April 2017 yang lalu baru Cik Ct dapat nak aktif perlahan-lahan, makin serius dalam dunia blogging.

Dan...

Dari apa yang Ct perhatikan pada Nuffnang, it's kinda disappointed !


Setelah sekian lama, hahaha baru ni je Cik Ct dapat. Itu pun alahai dekat blog sebelah (blog penulisan Cik Ct yang lagi satu) je lah yang dapat. Sebab kat blog sebelah, adalah trafik yang 'kukuh' sedikit berbanding blog ni...

CPC last Ct check semalam. TQ pada yang sudi klik banner Nuff kat blog Ct yang ni T_T

Apa yang sangat mengecewakan Cik Ct sekarang adalah payahnya alahai nak jejak pendapatan yang laju sikit masuk kat Nuffnang ni ! Satu kempen tu berapa sen sangat. Nak dapat tu pun dalam masa yang lama. Walaupun kita buat regular update... Huhuhuhu (nak bagi duit raya kat anak sedara pun tak dapat)

Nak jejak berpuluh ringgit macam masa Cik Ct menulis dan promote (blogging / review) untuk Bookcafe, Sweet Muslimah dan iklan-iklan review yang lain (tak kira yang affiliate ataupun review ads bertulis)...

Macam ni lah kan, I think I wanna remove Nuffnang banners from my blog(s). Or should I reconsider? Because currently I'm superb disappointed with the payment and income I earned from this ads company.

Biarlah aku bukanlah seorang blogger yang meletup atau hot sekalipun. (Aku tahu aku masih banyak kelemahan dalam menjadi seorang blogger) Tapi prinsip aku, ialah aku nakkan yang terbaik untuk dikongsikan di blog-blog aku... Pada masa yang sama taklah membebankan aku yang kejap kejap asyik check dashbard side-income aku ni...

Penat dah menanti hasil yang buat ternanti-nanti tapi mostly mengecewakan hati :(

Ok lah, nak menulis lagi untuk next post kat blog sebelah... 

Uolls yang terbaca ni, harap sudi komen sama ada Ct patut terus setia dengan Nuffnang atau patut ku remove sahaja ia dari dunia blog daku ini?
(Mohon pendapat anda sesangat... Thank you~~~ T_T)

Kbai. Wassalam. Annyeong ! T_T

BLOG | Wajah Baru Lagi Buat Blog Kesayangan

6/04/2017 10:14:00 AM 1 Comments
Assalamualaikum !! 안녕하세요! :)


Okay, hehe. Dari tadi aku duk excited then terkebil-kebil nak tulis apa kat entri kali ni. Excited sebab blog ni bertukar wajah (lagi! untuk kesekian kalinya...urmmm)

Tapi aku blur nak tulis apa... Heuheuheu...

Okaylah, sekadar nak berkongsi... Rasanya para blogger je yang dapat faham naluri seorang blogger yang nakkan 'kulit' baru untuk blog kesayangan mereka. Dan aku salah salah satunya yang nak merasa dapat tengok blog aku berwajah baru sempena bulan Ramadhan 2017M/1438H ni dimana bulan ni jugak mostly adalah 'zaman' aku rajin belek dan update blog.. Hehe

Maka dengan semangat itu, aku pun mengambil keputusan untuk mengubah apa yang aku rasa nak ubah.

Wajah lama blog yang akan dirindui

Jika sebelum ni aku memang sukakan yang 'simple' tapi aku sedar susunan blog aku tak berapa teratur dan kemas.

Lately aku sedar, blog aku perlukan perubahan... Seiring dengan tahap usia aku yang dah semakin lama perlukan semakin perlukan sisi matang seorang Ct.. Hehehe, maka aku pun nakkan blog aku melalui fasa perubahan yang sama. Sebuah blog yang menampilkan seorang Ct Roxalynna NH.

Tak banyak konsep yang aku nak ubah, cuma nak 'upgrade' sedikit tang 'SEO' blog yang slow. Pernah aku ambil keputusan nak upgrade blog sampai rasa nak ubah domain dan upah blogger lain tolong editkan. Bagi cantik, dan kemas sekali.

Namun kerana kekangan waktu kerja, bajet  dan kehidupan seharian, jadinya aku ambil keputusan google je la dan cari yang mana berkenan.

Maka, terhasillah...

the new one ! still editing it for some satisfaction

I think, I had changed. I can't deny it. People change, so do I...


Kalau sebelum ni, aku sebolehnya tak nak mengaku kalau aku bukanlah seorang yang feminin (langsung!). Masa zaman belajar kalau tak dipaksa suruh pakai kain sekolah / baju kurung, memang aku nak berseluar panjang aje lah...

But apa kaitannya cerita ni dengan aku tukar penampilan blog aku kan? Ada kaitannya.

Blog peribadi selalunya menggambarkan sisi tuan punya blog. So, sebagai seseorang yang sedang mencuba menjadi lebih dewasa tapi..... tak boleh lepaskan minat kat warna pink ! (macam yang aku post kat entri ni) maka terhasillah penampilan blog seperti yang ada sekarang ni...

Cuma nak ubah serba sedikit, nampakkan blog ni 'sedap mata memandang' dan mengurangkan keserabutannya (macam tuan blog si Cik Ct tu yang over-serabut.. *ehhh? termengata diri sendiri pulak. ahahaha) Tapi aku masih bukan seorang yang feminin sangat ek. Cuma minat pink dan colorful . hahaha . So, u'olls dijemput menjengah blog Cik Ct ni jika sudi dan tengok-tengklah sendiri apa yang berubah n apa yang nak ditengok~

(Malas pulak nak explain pepanjang.. Hehe.. sebab nak siapkan entri lain pulak sempena hari raya.. Tunggu ek..)
Dari segi susunan penulisan aku kat sini masih huru-hara tak nampak tersusun T_T
Kredit Theme blog yang baru : Sora Templates | Goyaabi (https://gooyaabitemplates.com/blogger-templates/seo-ready/)

Tema : Juliet (https://gooyaabitemplates.com/juliet-blogger-template/)


Sekian itu sahaja . Annyeong ! Adiosz amigos~^^

Follow my blog with Bloglovin

Sunday, June 14, 2015